Bursa Asia dibuka sedikit lemah pada awal dagangan sesi Asia. Sebahagian saham ditutup berikutan cuti tahun baru. Selain itu, pasaran masih memberi tumpuan isu geopolitik di Korea utara.
Pada tahun 2017, indeks saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun mencatat keutunganan berlipat ganda selepas naik hampir 30% sepanjang tahun. . Indeks Nikkei Jepun ditutup dengan keuntungan 19% pada tahun 2017.
Indeks Australia S&P/ASX 200 dibuka lemah 0.16% di awal sesi perdagangan. Pasaran saham di Jepun, New Zealand dan Thailand masih lagi tutup karena berikutan cutiTahun Baru.
indeks Shanghai SE Composite naik 0.58% kepada 3.326 dan indeks CSI 300 0.72% kepada 4.059.
Indeks Hang Seng di Hong Kong naik 1.09% menjadi 30.246. Indeks Kospi Korea juga turut naik, dengan meningkat sebanyak 0.2% kepada1 2.472 dan indeks Strait Times Singapura naik 0.26% kepada 3.411.
Terkini pasaran saham menunjukkan sentimen positif apabila Korea Utara telah menawarkan berdialog dengan Seoul.
Saham Malaysia memulakan dagangan pada awal tahun baru dengan agak perlahan apabila indeks FBM KLCI jatuh sedikit berbanding penutupan pasaran hari Jumaat.