Coca-Cola sememangnya sangat familiar dengan kehidupan seharian kita, malah masyarakat dunia majoritinya mengenali jenama minuman itu. Terbaru, syarikat minuman yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini dikaitkan dengan ganja atau marijuana.
Syarikat minuman gergasi Coca-Cola dilaporkan telah memasuki rundingan dengan syarikat ganja dari Kanada bagi menghasilkan minuman baru dengan campuran ganja.
Ia dilaporkan sendiri oleh beberapa agensi berita terkemuka dunia seperti Fox Busines dan Bloomberg.
Fox Business melaporkan usaha untuk menghasilkan minuman dengan campuran ganja adalah bagi mengurangkan keradangan dan kesakitan. Jelas di sini, ia bukan setakat minuman biasa tetapi juga membantu dalam penjagaan kesihatan.
Syarikat Kanada yang dimaksudkan adalah Aurora Cannabis yang membangunkan minuman yang berfokus kepada kesihatan dengan campuran CBD. CBD di sini bermaksud bahan non-psykoaktif yang ada pada ganja tetapi tidak membuatkan peminumnya menjadi gian.
“Mereka memang pantas dalam melakukan perjanjian, menurut sumber yang punyai pengetahuan langsung terhadap rundingan dua syarikat itu. “Ia akan menjadi satu minuman yang lebih kepada kategori minuman pemulihan,” kata sumber.