Yusaka Maezawa seorang billionaire dari Jepun akan menjadi pelancong pertama yang akan dibawa terbang oleh SpaceX mengililingi bulan dengan menggunakan roket generasi hadapan, demikian kata Elon Musk pada Isnin.
Maezawa akan menjadi orang yang pertama kembali ke bulan selepas Neil Armstrong pada tahun 1969. Roket yang akan digunakan adalah Big Falcon Rocket (BFR) yang sedang dibina oleh SpaceX.
Perjalanan membawa Maezawa ke bulan akan berlangsung pada tahun 2023.
“Sejak kecil lagi, saya menyukai bulan. Ia selalu di sana dan terus memberi semangat kepada manusia,” kata Maezawa, salah seorang individu terkaya di Jepun yang menjalankan perniagaan runcit online Start Today dan Zozotown.
SpaceX telah mengumumkan pada Februari 2017 bahawa dua penumpang berkemungkinan akan terbang di sekitar bulan di dalam kapsul ‘Crew Dragon’ yang dilancarkan melalui roket Falcon Heavy. Namun, awal tahun ini SpaceX mempertimbangkan penggunaan BFR sekaligus mengesahkan pada Isnin bahawa Maezawa adalah orang yang sama diumumkan sebelum ini.
BFR adalah roket yang besar dengan ketinggian 35 tingkat bangunan direka seperti SpaceX Falcon 9, dan membawa sekumpulan manusia di dalamnya.
Apabila ditanya tentang bayaran yang dikenakan kepada Maezawa, Musk enggan mendedahkan amaun untuk misi itu.
“Kita jelas. Ini adalah merbahaya… ia bukanlah perkara yang pasti.. memang terdapat peluang untuk ia tidak menjadi,” tegas beliau.
Maezawa juga dikhabarkan akan membawa beberapa orang artis pada tahun 2023 ke bulan. Beliau berkemungkinan akan menjemput 6-8 artis di seluruh dunia untuk menyertai misi ke bulan. Namun, Maezawa belum memutuskan siapakah artis yang akan dibawa bersama.