Matawang Aussie terus mendapat permintaan pada Rabu selepas data yang memberangsangkan daripada China. Seperti biasa, Aussie atau AUD membuat kenaikan apabila China merekodkan data ekonomi yang positif dan itulah yang dapat kita lihat kepada pair AUD/USD dan NZD/USD setakat pada pukul 4.13 petang.
Data pengeluaran industri (industrial output) meningkat sebanyak 7.2% pada bulan Januari tahun ini yang jauh melebihi jangkaan 6.2%. Data pelaburan aset tetap (fixed asset investment) juga merekodkan kenaikan 7.9% jauh melebihi jangkaan 7.0%.
Data perindustrian dan pelaburan yang tinggi menunjukkan ekonomi yang begitu memberangsangkan. Ia banyak disokong oleh peningkatan kredit dan juga permintaan yang kukuh.
Namun, walaupun data begitu baik – kita masih perlu berhati-hati kerana berkemungkinan data selepas ini akan banyak merosot kerana tarikh cuti tahun baru cina yang bermula pada akhir Januari pada 2017 berbanding pertengahan Februari tahun ini.
Jika kita mengambil kira fakta bahawa China adalah rakan dagang terbesar Australia, ia sepatutnya memberi kesan positif kepada matawang AUD. AUD/USD naik sehingga 0.27% setakat pada pukul 4.22 petang.