Pergerakan pasaran saham Asia pada awal sesi dagangan hari Isnin dibuka lemah.
Namun dalam sesi penutupan bursa saham Amerika Syarikat ditutup bercampur walaupun didorong oleh peningkatan saham kesihatan
Indeks S&P 500 berakhir 0.5% lebih tinggi setelah jatuh lebih daripada 1%. Sektor kesihatan menunjukkan peningkatan tertinggi dengan memperolehi kenaikan 1%.
Di Asia Indeks Nikkei 225 jatuh 0.57%, indeks Hang Seng susut 0.19%, indeks Shanghari Composite turun 0.29%, indeks Kospi turun 0.27% dan indeks Strait Times susut 0.10%.
Beberapa saham dalam sektor eksport jatuh pada awal sesi perdagangan awal hari ini. Antanya saham-saham automotif dan teknologi.
Harga saham Honda Motor dan Toyota di Jepun masing-masing jatuh 1.28% dan 0.36%.
Bursa saham China cenderung mengukuh selepas Perdana Menteri Li Keqiang mengatakan bahwa pertumbuhan ekonomi tahun ini dijangkakan akan mencatat pertumbuhan 6.5%. Bacaan ini sama dengan sasaran pertumbuhan China tahun lalu.