Selepas mengukuh pada sesi awal Asia, US dollar kini sedikit lemah berbanding matawang utama dunia menjelang pembukaan pasaran Eropah pada Isnin.
Sukar untuk memberi harapan tinggi kepada rundingan dagangan AS-China jika rundingan dengan Kanada yang dilihat lebih mudah gagal menemui kata putus.
Pada Sabtu, Presiden Trump berkata tiada perlunya untuk mengekalkan Kanada di dalam perjanjian NAFTA dan memberi amaran kepada Kongres untuk memudahkan rundingan ini, jika tidak beliau terpaksa membatalkan rundingan tiga negara itu.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini merosot sebanyak 0.07% pada pukul 2.18 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini didagang meningkat 0.05%, di mana GBP/USD merekodkan kejatuhan 0.35%. USD/JPY susut 0.13%, manakala USD/CAD naik 0.15%. USD/CHF membuat kenaikan 0.10%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merosot 0.01% dan 0.21% setakat ini.
Matawang terkuat setakat ini adalah Yen, dan matawang paling lemah adalah GBP. Dengan menggabungkan kedua-dua matawang, pasangan matawang GBP/JPY jatuh 0.51% setakat ini.
Matawang GBP kini tertekan apabila retorik oleh pegawai dalam rudingan Brexit. Michel Barnier ketua perunding Brexit dari Kesatuan Eropah (EU).
Antara data yang dikeluarkan pada hari ini adalah data jualan runcit Australia yang meleset daripada jangkaan pasaran. Aussie pada minggu ini juga akan berhadapan dengan penetapan dasar monetari RBA yang mana kadar faedah dijangka kekal.