China mengajukan permohonan A.S untuk memberikan pampasan keatas kerugian yang disebabkan oleh cadangan tarif yang dicadangkan Presiden Donald Trump terhadap keluli dan aluminium. Tindakan ini boleh membawa kepada pertikaian antara kedua-dua negara di Pertubuhan Perdagangan Dunia WTO.
China menolak dakwaan A.S. bahawa tarif logam dimulakan berdasarkan alasan keselamatan nasional, tetapi ia adalah bertujuankan sebagai langkah perlindungan. Ia dikenakan sebagai sekatan perdagangan sementara yang bagi melindungi pengeluar domestik.
China bertindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh A.S dengan mengancam untuk mengenakan tarif sebanyak $3bilion terhadap barangan import A.S.
Tarif China termasuk produk pertanian, keluli dan aluminium. China dikatakan tidak berminat dengan perang perdagangan. Tindakan ini dijangka akan menjejaskan eksport keluli dan aluminium China bernilai $689 juta.
Jika A.S. menolak apa yang disampaikan oleh China yang mengatakan bahawa langkah-langkahnya adalah bertujuan perlindungan, China terpaksa meminta WTO menangani hal ini. Menurut China, ia berhak untuk memfailkan pertikaian pasa masa akan datang.
Kesatuan Eropah telah mengambil langkah awal bagi melindungi pengeluar keluli yang berpangkalan di EU. Tindakan berjaga-jaga ini adalah sebagai tindak balas terhadap pengenaan 10% tarif oleh A.S ke atas keluli luar negara.