US dollar sedikit tertekan pada awal pembukaan pasaran Eropah pada Selasa dengan sentimen geopolitik melibatkan Syria beransur pulih. Dengan sentimen yang beransur pulih, kini perhatian pasaran beralih kepada data-data ekonomi yang dikeluarkan pada hari ini.
China ekonomi kedua terbesar dunia mengeluarkan data ekonominya pada pagi tadi di mana kadar pertumbuhan ekonomi menepati jangkaan pasaran dengan bacaan 6.8%. Namun, data yang kurang memberangsangkan dalam pengeluaran industri yang hanya merekod kenaikan 6.0% berbanding jangkaan 6.4%.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.21% setakat pada pukul 3.30 petang pada Selasa.
Major pair EUR/USD setakat ini naik 0.26% (+32 pip), GBP/USD naik 0.25% (+36 pip). USD/JPY pula susut 0.16% (-17 pip). AUD/USD dan NZD/USD masing-masing naik 0.09% (+7 pip) dan jatuh 0.22% (-16 pip).
Matawang paling kuat setakat pada pukul 3.35 petang adalah GBP dan Euro. Manakala matawang paling lemah adalah NZD. GBP/NZD telah membuat kenaikan sehingga 0.45% (+87 pip) setakat ini, manakala EUR/NZD naik 0.43% (+72 pip).
Pasaran juga akan menunggu hasil pertemuan Trump dan Abe yang dijangka akan bertemu pada Rabu untuk membincangkan isu perdagangan. Pasaran akan meneliti sama ada AS akan memberi tekanan kepada Jepun berikutan laporan matawang separa-tahunan oleh Perbendaharaan AS yang masih mengekalkan Jepun dalam senarai kebarangkalian manipulasi matawang.