US dollar kekal kuat pada awal sesi Eropah pada Rabu menjelang penetapan polisi monetari The Federal Reserve awal pagi Khamis nanti. The Fed dijangka akan menaikkan kadar faedahnya dari 1.75% kepada 2.0%.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.09% setakat pada pukul 2.21 petang.
Major pair EUR/USD setakat ini susut 0.08% dengan GBP/USD susut 0.11%. USD/JPY setakat ini membuat kenaikan 0.18%, USD/CAD pula naik 0.12% dengan USD/CHF naik sebanyak 0.10%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing menyusut sebanyak 0.08% dan 0.01%.
Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD, manakala matawang paling lemah adalah JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY naik sehingga 0.21% setakat pada pukul 2.28 petang.
US dollar dilihat meneruskan kenaikan selepas pertemuan antara Trump dan Jong-Un pada Selasa.
Selepas daripada pertemuan bersejarah Trump-Jong Un, kini pasaran telah mengalihkan perhatian mereka kepada penetapan polisi The Fed pada pukul 2 pagi Khamis. Dengan jangkaan kadar faedah dinaikkan kepada 2.0%, pasaran akan lebih menumpukan kepada persoalan sama ada kadar faedah akan dinaikkan lebih dari tiga kali atau tidak?
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh sehingga 0.50% berikutan peningkatan inventori di Amerika Syarikat selepas pengumuman data oleh API (American Petroleum Institute). Inventori meningkat sehingga 833,000 tong berbanding jangkaan pengurangan sebanyak 2.7 juta tong pada minggu lalu.