Matawang dollar USD terus mengukuh pada dagangan Selasa selepas Presiden Donald Trump menyatakan akan mengenakan tarif tambahan baru terhadap barangan import China sekaligus meningkatkan lagi ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China. Dengan kembimbangan para pelabur yang turut meningkat, matawang safe-haven USD terus melonjak di atas permintaan yang tinggi dalam suasana pasaran yang berisiko. Trump dalam temubual bersama Wall Street Journal menyatakan bahawa beliau berkemungkinan melihat kenaikan kadar tarif terhadap $200 billion barangan import China daripada 10% kadar semasa kepada 25%. Konflik berskala mega antara dua ekonomi gergasi dunia itu akan terus menjadi perhatian sehingga tahun hadapan dan menguatkan lagi jangkaan terhadap kemerosotan pada pertumbuhan ekonomi global.
Sementara matawang Pound Sterling pula melemah selepas kenyataan Trump pada Isnin berkenaan perjanjian peralihan Britain berundur dari Kesatuan Eropah (EU) bakal membuatkan aktiviti perdagangan antara Washington dan London lebih menyukarkan. Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Britain Theresa May bakal berdepan cabaran untuk memenangi hati Parti Konservatifnya yang sebelum ini terdapat sedikit konflik dalaman, dan juga parti pembangkang dalam usaha untuk mendapatkan kelulusan pelan perjanjian Brexit di Parlimen pada Disember ini.
Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.15% setakat 7:00 petang ini.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini menurun 0.08%, dimana GBP/USD di dagang menyusut 0.59%. USD/JPY pula menguat 0.03% dengan USD/CAD didagang 0.05% lebih tinggi. USD/CHF pula di dagang menguat pada 0.12%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.24% dan 0.37%.