US dollar kekal kukuh di paras tertinggi 13 bulan yang lalu berbanding beberapa matawang yang lain berikutan krisis kewangan yang berlaku di Turki dengan emas juga membuat penurunan pada Isnin disebabkan kekuatan greenback.
Matawang safe-haven Yen, Chf dan juga US dollar membuat kenaikan dengan risiko yang membimbangkan di Turki. US dollar salah satu daripada matawang safe-haven juga mendapat sokongan daripada kejatuhan matawang Euro ketika ini.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan 0.12% setakat pada pukul 9.42 pagi pada Isnin.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini susut 0.29% di mana GBP/USD merekodkan kenaikan 0.16%. USD/JPY setakat ini jatuh sehingga 0.49%, USD/CAD didagangkan naik 0.09%. USD/CHF pula didagang merosot 0.13%. Pair AUD/USD mencatat penurunan 0.30% dengan NZD/USD membuat kenaikan 0.11%.
Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen, manakala matawang paling lemah adalah AUD dan Euro. Dengan menggabungkan matawang kuat dan lemah, pasangan AUD/JPY dan EUR/JPY jatuh sehingga 1.07% dan 1.00% setakat ini.
Matawang Euro merekodkan kejatuhan apabila mencapai paras terendah 13 bulan yang lalu berbanding US dollar pada awal dagangan minggu ini. Euro mencatat kejatuhan sepanjang minggu lalu dengan EUR/USD jatuh sehingga 260 pip dengan matawang safe-haven Yen dan juga US dollar mendapat permintaan disebabkan risiko kepada bank Eropah berikutan krisis yang dialami oleh negara Turki.
Selepas jatuh ke paras terendah 7.24 berbanding US dollar pada awal Isnin, Lira Turki mendapat sedikit kekuatan selepas Menteri Kewangan Berat Albayrak berkata Turki telah membuat perancangan ekonomi untuk mengurangkan kebimbangan pelabur.
Matawang Euro begitu tertekan selepas laporan Financial Times mengatakan European Central Bank (ECB) bimbang terhadap risiko yang dihadapi oleh bank Sepanyol, Itali dan Perancis terhadap krisis Turki.