Matawang Lira Turki ketika ini stabil dengan US dollar pula membuat penurunan pada hari Selasa selepas menteri kewangan negara itu (Turki) berjanji untuk menyelamatkan negaranya daripada krisis kewangan.
Bank pusat Turki pada Isnin mengumumkan rangka tindakan untuk menambah kecairan dan memotong keperluan rizab bank dalam usaha menyelamatkan Lira. Sebab utama kepada kejatuhan mendadak matawang Lira sejak minggu lepas adalah tindakan Trump yang menggandakan tariff kepada import keluli dan aluminium dari Turki.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat penurunan 0.20% setakat pada pukul 2.58 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini naik 0.11% di mana GBP/USD merekodkan kenaikan 0.21%. USD/JPY setakat ini membuat kenaikan sehingga 0.33%, USD/CAD didagangkan susut 0.30%. USD/CHF pula didagang merosot 0.06%. Pair AUD/USD mencatat penurunan 0.03% dengan NZD/USD membuat kenaikan 0.32%.
Matawang paling kuat setakat ini adalah CAD, manakala matawang paling lemah adalah Yen. Dengan menggabungkan matawang kuat dan lemah, pasangan CAD/JPY naik sehingga 0.62% setakat ini.
Selepas daripada pengukuhan matawang safe-haven pada Isnin yang disebabkan risiko kewangan di Turki, pasaran dilihat mengambil untung pada Selasa yang mana ketika ini US dollar pula melemah, dengan matawang Yen turut membuat penurunan.