Harga matawang crypto melonjak naik pada hari Jumaat manakala harga Bitcoin meningkat ke paras tertinggi 2 minggu.
Bitcoin didagangkan pada harga $7,845 seunit setakat jam 12.10 p.m di pertukaran Bitfinex.
Ethereum, yang merupakan matawang crypto kedua terbesar berdasarkan nilai syarikat naik 12.30% kepada $490.52 di pertukaran di Bitfinex.
Ripple XRP naik melebihi 20% kepada 0.63446 seunit.
Walaupun tiada faktor pendorong yang jelas yang mendorong peningkatan harga matawang crypto, namun sebahagian penganalisis berpendapat lonjakan harga crypto ini didukung oleh berita perbankan Sepanyol. Laporan melaporkan bahawa antara bank terbesar Sepanyol Stander telah melancarkan sistem pembayaran international yang berasaskan teknologi blockchain.
Laporan pada hari Jumaat menyatakan Santander akan melancarkan sistem pembayaran yang menlangkaui batasan ”One Pay FX” di Sepanyol, UK, Brazil dan Poland. Sistem tersebut dikatakan akan mengunakan teknologi blockchain Ripple.
Tindakan Bank Sepanyol ini mengembalikan harapan pasaran terhadap matawang crypto termasuk Bitcoin, bahawa matawang crypto masih memainkan peranan dalam sistem pembayaran.
Dalam masa yang sama, terdapat komentar daripada Pantera Capital Management, salah satu pengurus dana terbesar Crypto yang mengatakan Bitcoin akan berada di atas paras $6,500 pada tahun 2018 pada kebanyakkan masa.