Pasaran Matawang
Matawang US dolar mengukuh berbanding yen dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa.
US dolar mengukuh berbanding matawang yen sebanyak 0.28% kepada 110.84. Manakala AUD/USD didagangkan rendah kepada 0.7955.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik sebanyak 0.16% kepada 90.27 setakat jam 10.05 a.m.
Pengukuhan US dolar berbanding yen didorong laporan data Jepun, Producer Price Index (PPI) yang mengecewakan.
Laporan yang dikeluarkan pada hari Selasa itu menunjukkan hanya 0.2% pada bulan Disember berbanding jangkaan yang mensasarkan 0.4% peningkatan. Berdasarkan kiraan tahunan, PPI Jepun bertumbuh sebanyak 3.1% berbanding sasaran pada 3.2%.
Pasaran Komoditi
Harga minyak bercampur pada hari ini apabila Harga minyak WTI naik kepada sekitar $63.37 setong dan Brent jatuh kepada $70.02 setong setakat jam 10.05 a.m.
Harga minyak yang bercampur ini berikutan pasaran menunggu pembukaan pasaran US untuk dibuka selepas cuti pada hari Isnin. Selain itu Morgan Stanley meramalkan harga minyak akan mencapai paras harga $75 setong pada suku tahun ketiga 2018.
Harga emas masih mengukuh dengan mencatat peningkatan 0.40% kepada 1.340.20 dalam sesi Asia.