US dolar melemah berbanding enam matawang utama yang lain pada hari Jumaat dan dilihat kebanyakan bank-bank bercuti pada hari jumaat.
Indeks US dolar melemah berbanding enam matawang utama yang lain sebanyak 0.01% kepada paras harga 89.75 setakat pada pukul 5.38 petang.
US dolar dilihat tidak membuat kenaikan walaupun data ekonomi Amerika Syarikat menunjukkan bacaan petunjuk ekonomi yang memberangsangkan.
Data inflasi yang dikatakan menjadi pilihan utama The Fed iaitu Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), meningkat pada bacaan 1.6% dalam tempoh 12 bulan hingga Februari. Bacaan kali ini adalah sejajar dengan ramalan pasaran.
Satu lagi laporan menunjukkan tuntutan pengangguran menurun sebanyak 12,000 kepada 215,000 untuk minggu berakhir 24 Mac. Jumlah ini kurang daripada jangkaan pasaran yang menjangka tambahan 230,000 tuntutan pengangguran pada minggu lalu.
Sementara itu, Jabatan Perdagangan berkata perbelanjaan pengguna, yang menyumbang lebih daripada dua pertiga aktiviti ekonomi A.S., menepati jangkaan yang meningkat 0.2% bulan lepas.
Pasaran Eropah dan A.S. ditutup pada hari Jumaat, di mana jumlah dagangan dijangka begitu kecil. US dollar ketika ini melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain dengan EUR/USD naik 0.24%, GBP/USD naik 0.26%, AUD/USD naik 0.25%, dan USD/JPY susut 0.24%.