US dollar bergerak lebih tinggi pada awal sesi Eropah pada Rabu berbanding matawang-matawang utama yang lain. Pasaran ketika ini semakin reda daripada isu Syria khususnya potensi ketegangan Amerika-Russia.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.16% setakat pada pukul 3.10 petang.
Major pair EUR/USD setakat ini melemah 0.13% dengan GBP/USD jatuh 0.03%. USD/JPY pula naik 0.32% dengan USD/CAD naik 0.32% setakat pada pukul 3.12 petang. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing jatuh 0.30% dan 0.40%
Matawang paling kuat pada awal pembukaan sesi Eropah adalah USD diikuti oleh GBP. Manakala matawang paling lemah adalah NZD, Yen dan CAD. GBP/NZD setakat ini naik 0.36%, dengan GBP/CAD naik 0.31%.
Matawang greenback mendapat sokongan daripada data ekonomi dan risiko politik yang semakin reda khususnya di Timur Tengah. Data pengeluaran industri Amerika yang dikeluarkan pada Selasa merekodkan data positif dengan kenaikan 0.5% berbanding jangkaan 0.3%. Prestasi pasaran saham Wallstreet pada Selasa juga positif dengan ketiga-tiga indeks utama melonjak lebih daripada 1.0%.
Antara yang menjadi perhatian pasaran pada hari ini adalah pertemuan antara Presiden Trump dan Shinzo Abe bagi membincangkan isu-isu terkait kepada Amerika dan Jepun. Sudah tentu antara topik perbincangan adalah perdagangan dan aspek keselamatan di Semenanjung Korea.
Antara penyebab kelemahan Yen pada hari ini juga adalah laporan pertemuan wakil AS yang berkunjung ke Korea Utara pada Hari Esther yang lalu. Dengan laporan ini, pasaran semakin yakin masalah ketegangan di Semenanjung Korea hampir selesai.