FUNDAMENTAL: DOVISH
- Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang kurang dovish.
- Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 7 Mei 2019.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI.
- Para penggubal dasar berpendapat bahawa dalam jangka terdekat, inflasi dijangka menurun disebabkan harga minyak yang rendah pada awal tahun ini.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBA
- Data KDNK Australia berkembang sebanyak 2.3% pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.8% pada suku tahun sebelumnya.
- Inflasi harga pengguna (CPI) Australia turun kepada 1.8% tahun ke tahun pada suku keempat 2018 daripada 1.9% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar pengangguran yang di Australia menurun lebih rendah kepada 4.9% pada Februari 2019 daripada 5.0% pada bulan sebelumnya manakala pasaran menjangkakan 5.0%.
JANGKAAN: BULLISH AUD.
- Data jualan runcit Australia melonjak melebihi jangkaan dan angka sebelum ini.
- Perkhidmatan Caixin PMI di China meningkat.
- Pasaran Asia didagangkan baik. Terdapat harapan bahawa perjanjian perdagangan antara AS-China dapat menjadi kenyataan dengan cepat.