FUNDAMENTAL: DOVISH
- Bank of Canada (BOC) mengekalkan kadar faedah pada 1.75% seperti jangkaan.
- Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 24 April 2019.
- Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP.
- BOC berkata terdapat peningkatan ketidakpastian mengenai kenaikan kadar faedah pada masa depan.
- BoC menjangkakan ekonomi Kanada akan lemah pada separuh tahun pertama 2019 berbanding jangkaan pada Januari lalu.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA
- Pertumbuhan KDNK Tahunan di Kanada menurun kepada 0.4% pada suku keempat 2018 daripada 2.0% pada suku ketiga 2018.
- Kadar pengangguran di Kanada berada pada 5.8% pada bulan Februari 2019, sama seperti tahap sebelumnya dan tertinggi sejak Oktober.
- Kadar inflasi tahunan di Kanada jatuh kepada 1.4% pada Januari 2019 daripada 2.0% pada bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 1.5%.
PLAN: BUY CAD.
- Harga minyak mentah global melonjak selepas inventori Amerika Syarikat yang mencatatkan bacaan yang merosot serta pengurangan bekalan minyak mentah oleh OPEC.
- Indeks inflasi dijangka meningkat pada Jumaat ini.