FUNDAMENTAL: DOVISH
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 21 Mac 2019.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi).
- FED berkata mereka akan bersabar dalam meningkatkan kadar faedah tahun ini kerana peningkatan ketidakpastian mengenai prospek ekonomi Amerika Syarikat.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar pengangguran AS jatuh kepada 3.8% pada Februari 2019 daripada 4% pada bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3.9%.
- Ekonomi AS mencatatkan penurunan kepada 2.6% pada suku tahun keempat 2018 selepas berkembang 3.4% pada suku tahun sebelumnya.
- Kadar inflasi tahunan di Amerika Syarikat berkurangan untuk bulan ketiga berturut-turut kepada 1.6% pada bulan Januari 2019 daripada 1.9% pada bulan Disember. Ia adalah kadar terendah sejak Jun tahun 2017.
PLAN: BUY USD.
- Purata pendapatan di AS meningkat serta kadar pengangguran mencatatkan penurunan.
- Data jualan runcit AS hari ini dijangka meningkat ekoran kenaikan dalam harga petrol dan diesel serta purata pendapatan yang menaik.