Suasana pasaran yang kekal berisiko akan terus memberi kelebihan terhadap matawang safe-haven Yen. Tambahan pula, laporan berkenaan syarikat Apple Inc yang mengurangkan sasaran jualan untuk suku tahun yang terbaru berikutan angka yang lemah pada penjualan produk iPhone di China telah meningkatkan lagi risiko dalam pasaran serta kebimbangan para pelabur. Oleh itu, nilai matawang dollar AUD terus merosot di mana pergerakan harga pada chart AUD/USD untuk sesi dagangan semalam didagangkan rendah di bawah paras Magic Pivot dan turun ke paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line. Kemudian, harga dilihat kembali pantul membuat sedikit kenaikan sebelum menguji paras tumpuan pada paras sekitar 109.400 dan menutup dagangan rendah di sekitar paras support MagicS2 semula pada sesi dagangan New York.
Pada pembukaan sesi pasaran Asia awal pagi tadi, pasaran terus dikejutkan dengan terjunan harga sekitar 230 pips penurunan dalam masa satu jam sahaja sehingga mencecah paras terendah baru sekitar 106.600. Penurunan tersebut dilihat telah melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line hari ini termasuk support terendah pada 107.424 (MagicS3). Setelah harga mencecah penurunan pada paras 106.600, harga kembali menunjukkan kenaikan melepasi paras support MagicS3 dan hampir menyentuh paras support 108.052 (MagicS2) namun gagal untuk membuat kenaikan lebih tinggi. Kenaikan lebih tinggi harga dilihat akan kembali ke paras support 108.4500 (MagicS1) sebelum kembali menguji paras Magic Pivot 109.078 hari ini.
Jika harga kembali membuat kenaikan sehingga melepasi semula paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menguji paras 109.476 (MagicR1) yang menjadi paras tumpuan pada chart USD/JPY. Seterusnya, harga akan meneruskan kenaikan menguji pula paras tumpuan seterusnya pada resistance 110.104 (MagicR2) dan sedikit lagi kenaikan berpotensi mencapai paras ketinggian pada 110.502 (MagicR3).
Terus ikuti laporan-laporan isu global yang menyumbang pada perubahan sentimen dalam pasaran yang turut mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran khususnya pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal harian anda untuk mengenalpasti paras support dan resistance yang terbaik untuk rujukan anda sebelum meletakkan posisi dagangan yang terbaru.
Paras support: 108.450, 108.052, 107.424.
Paras resistance: 109.476, 110.104, 110.502.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI