Sesi pasaran Asia hari ini tertumpu kepada laporan data pekerjaan di Australia. Dolar AUD melonjak pada awal sesi pagi ini selepas data pekerjaan mencatatkan angka jauh lebih tinggi daripada jangkaan. Kadar pekerjaan pada bulan Januari meningkat sehingga 39.1K pertambahan berbanding bacaan sebelum ini yang telah dikemaskini iaitu 16.9K. Angka tersebut turut melonjak berbanding jangkaan penurunan 15.2K sementara kadar pengangguran pula kekal di paras 5.0% seperti yang dijangkakan.
Namun lonjakan tersebut tidak kekal lame sebelum Aussie kembali menunjukkan penurunan semula. Ini adalah berikutan daripada kenyataan susulan daripada Westpac yang mengemaskini unjuran bank pusat yang menjangkakan bakal ada penurunan kadar faedah.
Selain itu juga, dagangan Aussie turut masih berdepan risiko berkaitan rakan dagangnya, China di mana jurucakap Kementerian Luar Negeri China meyatakan negara itu tidak akan menggunakan kadar tukaran Yuan sebagai cip tawaran untuk menyelesaikan isu pertikaian perdagangan dengan Amerika Syarikat.
Pergerakan harga pada chart AUD/USD awal pagi ini melihatkan harga melonjak 40 pips selepas laporan pekerjaan Australia dikeluarkan namun kembali terjun 60 pips lebih rendah daripada lonjakan sebelumnya.
Lihat paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line yang menjadi tumpuan harga pada AUD/USD.
Paras support: 0.7224, 0.7203, 0.7182.
Paras resistance: 0.7140, 0.7120, 0.7099.