• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
BitInstant: Kisah Kejatuhan Sebuah Syarikat Gergasi Kripto

BitInstant: Kisah Kejatuhan Sebuah Syarikat Gergasi Kripto

31 October 2019
Ringgit Gagal Teruskan Rentak Tinggi Berbanding USD!

Ringgit Gagal Teruskan Rentak Tinggi Berbanding USD!

29 January 2026
Trump Bertemu Bank & Syarikat Kripto – Isu Stablecoin Halang CLARITY Act!

Trump Bertemu Bank & Syarikat Kripto – Isu Stablecoin Halang CLARITY Act!

29 January 2026
Indeks S&P 500 Kekal Stabil, Saham Cip AI Pacu Kenaikan Nasdaq

Indeks S&P 500 Kekal Stabil, Saham Cip AI Pacu Kenaikan Nasdaq

29 January 2026
USD Layu Sepanjang Minggu, Pelucutan Powell Beri Tekanan

USD Bangkit Semula Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

29 January 2026
Harga Emas Makin Menjadi-Jadi, Tembusi $5,500 Buat Kali Pertama!

Harga Emas Makin Menjadi-Jadi, Tembusi $5,500 Buat Kali Pertama!

29 January 2026
Bank of Canada Turunkan Kadar Dasar – Kekalkan Nada Berwaspada

BoC Putuskan Kekalkan Kadar, Ketidaktentuan Jadi Halangan!

28 January 2026
Faedah Pengangguran Menurun: Signal Positif atau Ancaman Senyap?

Hasil dan Keuntungan ADP Melepasi Anggaran Penganalisis! Bagaimana Dengan Pasaran Buruh?

28 January 2026
Lonjakan Emas Tanpa Henti! Ramalan Pakar: Akan Cecah $3,500?

Emas Pecah Rekod, Tembus AS$5,300 Seauns! Kemanakah Hala Tuju Seterusnya?

28 January 2026
Tindakan Ke Atas Kenderaan Asing Beli RON95 Bermula April – KPDN

Tindakan Ke Atas Kenderaan Asing Beli RON95 Bermula April – KPDN

28 January 2026
Lebih 38,000 Peminat Batal Tempahan Hotel Piala Dunia 2026?

Lebih 38,000 Peminat Batal Tempahan Hotel Piala Dunia 2026?

28 January 2026
Meta Boleh Akses Chat Pengguna, WhatsApp Tidak Selamat Digunakan?

Meta Boleh Akses Chat Pengguna, WhatsApp Tidak Selamat Digunakan?

28 January 2026
Gaji Minimum Pekerja Gig Akan Ditentukan Melalui Rundingan – MOHR

Gaji Minimum Pekerja Gig Akan Ditentukan Melalui Rundingan – MOHR

28 January 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Thursday, 29 January 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Harga Emas Makin Menjadi-Jadi, Tembusi $5,500 Buat Kali Pertama!

    Harga Emas Makin Menjadi-Jadi, Tembusi $5,500 Buat Kali Pertama!

    Faedah Pengangguran Menurun: Signal Positif atau Ancaman Senyap?

    Hasil dan Keuntungan ADP Melepasi Anggaran Penganalisis! Bagaimana Dengan Pasaran Buruh?

    Lonjakan Emas Tanpa Henti! Ramalan Pakar: Akan Cecah $3,500?

    Emas Pecah Rekod, Tembus AS$5,300 Seauns! Kemanakah Hala Tuju Seterusnya?

    PetroChina Hentikan Pembelian Minyak Venezuela

    PetroChina Hentikan Pembelian Minyak Venezuela

    Emas Atur Langkah Tawan Posisi $2,400 Di Saat Fed Hawkish?

    Emas ‘Mendidih’ Hampiri $5,200 Menjelang FOMC

    EU Dan India Meterai Perjanjian Perdagangan! Reaksi Trump Dinanti Pasaran

    EU Dan India Meterai Perjanjian Perdagangan! Reaksi Trump Dinanti Pasaran

    Tak Duduk Diam, Emas Masih Berkesempatan Naik Lagi!

    Emas Kekalkan Momentum Tinggi, Suasana Pasaran Tegang Sepanjang Minggu!

    Ini Pandangan Alan Greenspan Dalam Isu Penerbitan Matawang Crypto Oleh Bank Pusat!

    Fed Berhadapan Perpecahan Dalaman Tentang Hala Tuju Kadar Faedah! Ini Rinciannya

    Data Ekonomi AS Tidak Memihak Emas, Harga Bakal Menjunam Ke $2,000 Semula?

    Emas Meroket Lepasi Rekod Tertinggi $5,000!

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringgit Gagal Teruskan Rentak Tinggi Berbanding USD!

    Ringgit Gagal Teruskan Rentak Tinggi Berbanding USD!

    USD Layu Sepanjang Minggu, Pelucutan Powell Beri Tekanan

    USD Bangkit Semula Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

    Bank of Canada Turunkan Kadar Dasar – Kekalkan Nada Berwaspada

    BoC Putuskan Kekalkan Kadar, Ketidaktentuan Jadi Halangan!

    Ringgit Semakin Kukuh, Capai RM3.91 Seiring Kejatuhan USD!

    Ringgit Semakin Kukuh, Capai RM3.91 Seiring Kejatuhan USD!

    USD Merosot Ke Paras Terendah 4 Tahun

    USD Merosot Ke Paras Terendah 4 Tahun

    Trump Raih Kemenangan, US Dolar & Bitcoin ‘Menggila’ Dalam Pasaran!

    Dolar AS Terus Kecundang! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

    Ringgit Dibuka Tinggi Pada 3.96 Berbanding USD

    Ringgit Dibuka Tinggi Pada 3.96 Berbanding USD

    Ringgit Kekalkan Momentum Cemerlang Pada Awal Minggu!

    Ringgit Kekalkan Momentum Cemerlang Pada Awal Minggu!

    Acara Utama FOMC Fed & Data Penting AS Minggu Ini (26-30 Januari 2026)

    Acara Utama FOMC Fed & Data Penting AS Minggu Ini (26-30 Januari 2026)

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Trump Bertemu Bank & Syarikat Kripto – Isu Stablecoin Halang CLARITY Act!

    Trump Bertemu Bank & Syarikat Kripto – Isu Stablecoin Halang CLARITY Act!

    40% Perniagaan Di AS Kini Terima Pembayaran Kripto!

    40% Perniagaan Di AS Kini Terima Pembayaran Kripto!

    Sekitar 60% Bank Terbesar AS Tawarkan Khidmat Bitcoin

    Sekitar 60% Bank Terbesar AS Tawarkan Khidmat Bitcoin

    Bitcoin Kekal Stabil $88,000 Walaupun Diancam Tarif Trump

    Bitcoin Kekal Stabil $88,000 Walaupun Diancam Tarif Trump

    149 Juta Akaun Terjejas, Infostealer Jadi Ancaman Utama Kripto!

    149 Juta Akaun Terjejas, Infostealer Jadi Ancaman Utama Kripto!

    Stablecoin Menyusut, Pelabur Lari Ke Emas & Perak?

    Stablecoin Menyusut, Pelabur Lari Ke Emas & Perak?

    Minit FOMC Jadi Perhatian! Isyarat Fed Dijangka Tentukan Sentimen Kripto

    Bitcoin Bergegar Di Tengah Ketidaktentuan Global! Apa Yang Berlaku?

    Ethereum Bersiap Untuk Era Komputer Kuantum

    Ethereum Bersiap Untuk Era Komputer Kuantum

    Colombia Bakal Tawar Dana Pencen Menggunakan Bitcoin!

    Colombia Bakal Tawar Dana Pencen Menggunakan Bitcoin!

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Indeks S&P 500 Kekal Stabil, Saham Cip AI Pacu Kenaikan Nasdaq

    Indeks S&P 500 Kekal Stabil, Saham Cip AI Pacu Kenaikan Nasdaq

    Saham Global Kekal Stabil, Fed Dijangka Kekalkan Kadar Faedah

    Saham Global Kekal Stabil, Fed Dijangka Kekalkan Kadar Faedah

    Indeks Utama Wall Street Terbang Tinggi, Mesyuarat FOMC Jadi Tumpuan

    Indeks Utama Wall Street Terbang Tinggi, Mesyuarat FOMC Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia Susut, Aktiviti Pengambilan Untung Meriah

    Bursa Malaysia Melonjak Lepasi Rekod Terbaik 7 Tahun

    Wall Street Stabil Awal Minggu Menjelang Data Penting AS

    Wall Street Stabil Awal Minggu Menjelang Data Penting AS

    Indeks Utama Wall Street Stabil Selepas Trump Batalkan Tarif Ke Atas EU

    Indeks Utama Wall Street Stabil Selepas Trump Batalkan Tarif Ke Atas EU

    Saham Global Melonjak Semula Selepas Perjanjian Greenland Berjaya Dicapai!

    Saham Global Melonjak Semula Selepas Perjanjian Greenland Berjaya Dicapai!

    Wall Street Catat Kejatuhan Terbesar Dalam Tempoh 3 Bulan!

    Wall Street Catat Kejatuhan Terbesar Dalam Tempoh 3 Bulan!

    Saham Asia Merosot Selepas Ugutan Trump Terhadap Greenland

    Saham Asia Merosot Selepas Ugutan Trump Terhadap Greenland

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Dunia Trader

BitInstant: Kisah Kejatuhan Sebuah Syarikat Gergasi Kripto

Team INTRADAY by Team INTRADAY
31 October 2019
in Dunia Trader, Kripto
0
BitInstant: Kisah Kejatuhan Sebuah Syarikat Gergasi Kripto
13
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.

BitInstant, nama yang gah dan tidak asing lagi dalam pelaburan matawang kripto. Namun, ianya terpalit dengan kontroversi dan tidak mampu bertahan lama gara-gara salah laku seorang pengasasnya iaitu Charlie Shrem. Beliau tersenarai dalam kalangan jutawan kripto seperti yang dipaparkan dalam artikel ini.

Hakikatnya, masih ramai yang tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi pada syarikat gergasi kripto ini?

Bermula penubuhan, BitInstant merupakan sebuah syarikat pertukaran matawang kripto yang diasaskan oleh Gareth Nelson dan Charlie Shrem pada tahun 2011. Kedua-dua individu tersebut menyasarkan bahawa syarikat berkenaan mampu untuk menjadi salah sebuah syarikat matawang kripto terkemuka dunia.

Menjelang Mei 2013, BitInstant telah mempunyai pekerja seramai 16 orang dan mula menunjukkan perkembangan yang positif. Oleh yang demikian, Winklevoss Capital yang merupakan syarikat kepunyaan pasangan kembar Winklevoss telah melaburkan sebanyak $1.5 juta dolar ke dalam syarikat tersebut.

Pelaburan itu bertujuan untuk meningkatkan bilangan pekerja dan menjamin kualiti produk BitInstant.

Tidak lama kemudian, BitInstant telah berjaya berkembang dengan purata 1.5% setiap bulan dan mengendalikan urusniaga yang bernilai $1 juta dolar setiap hari. Hal ini disebabkan oleh kenaikan harga matawang kripto pada tahun 2012 dan 2013, iaitu dengan harga $13 dolar (Disember 2012) sebelum melonjak kepada $266 dolar (April 2013).

Para pengguna boleh membeli matawang kripto melalui sistem pertukaran BitInstant dengan menggunakan matawang fiat dengan pilihan termasuk USD, RUB dan BRL manakala caj yang dikenakan bermula pada kadar 0.26%.

Pada Jun 2013, syarikat berkenaan telah menjalinkan kerjasama dengan Jumio, sebuah syarikat pembayaran atas talian yang membolehkan BitInstant mengesahkan identiti pelanggan mereka. Di samping itu, BitInstant juga membenarkan para pelanggannya untuk membuat pembelian matawang kripto melalui lebih daripada 700,000 kedai termasuk Walmart, CVS, Walgreens, Duane Reade, 7-11 dan Moneygram.

BitInstant turut bekerjasama dengan beberapa buah syarikat lain demi menarik lebih ramai pengguna. Contohnya, Coinapult, sebuah syarikat perkhidmatan yang membolehkan para pengguna untuk membuat pertukaran matawang kripto dan tuntutan dana melalui SMS atau emel. Selain itu, BitInstant turut bekerjasama dengan sebuah aplikasi, BitcoinSpinnermobile yang memudahkan akses untuk pembelian matawang kripto.

Namun, kata pepatah ada menyebut air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pada Julai 2013, BitInstant terpaksa menghentikan perkhidmatannya buat sementara waktu setelah mula menunjukkan tanda-tanda masalah berkenaan isu transaksi.

Syarikat tersebut menerima kira-kira 17,300 aduan perkhidmatan pelanggan seterusnya berhadapan dengan dakwaan akibat kegagalan dalam melaksanakan perkhidmatan dan perwakilan palsu.

Kemuncaknya apabila pasukan petugas khas bersama FBI, IRS, DEA dan penguatkuasa undang-undang lain telah menahan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan iaitu Charlie Shrem kerana didapati telah berkomplot dalam penggubahan wang haram dengan menjual lebih daripada $1 juta dolar bitcoin kepada pengguna lawan web black market, Silk Road.

Oleh yang demikian, beliau telah dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun dengan denda sebanyak $950,000 dolar.

Sehubungan dengan itu, BitInstant telah pun menamatkan operasinya.

Selepas 2 tahun, Shrem telah dibebaskan daripada penjara pada pertengahan tahun 2016. Akan tetapi, episod malangnya tidak terhenti di situ sahaja. Pada September 2018, pasangan kembar Winklevoss telah menfailkan saman sebanyak $32 juta dolar terhadap Shrem kerana didakwa mencuri ribuan BTC daripada mereka pada tahun 2012. Rentetan daripada itu, beberapa aset milik Shrem telah dibekukan.

Di samping itu, satu dokumen mengemukakan bahawa Shrem masih belum membayar denda sebanyak $950,000 yang dikenakan terhadapnya.

Sayang sekali dek kerana kesilapan individu, syarikat yang berpotensi tinggi dalam dunia pelaburan kripto itu terpaksa berkubur. Mungkin kisah ini boleh dijadikan pengajaran buat semua untuk terus kekal fokus dan disiplin dalam apa jua bidang yang diceburi.

ShareTweetSend

Related Posts

Trump Bertemu Bank & Syarikat Kripto – Isu Stablecoin Halang CLARITY Act!

Trump Bertemu Bank & Syarikat Kripto – Isu Stablecoin Halang CLARITY Act!

by Team INTRADAY
29 January 2026
0

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan bakal mengadakan pertemuan penting bersama bank-bank utama dan syarikat kripto bagi menghidupkan semula...

40% Perniagaan Di AS Kini Terima Pembayaran Kripto!

40% Perniagaan Di AS Kini Terima Pembayaran Kripto!

by Team INTRADAY
28 January 2026
0

Mata wang kripto kini bukan lagi sekadar alat pelaburan tetapi ianya semakin menjadi cara pembayaran harian bagi ramai pelanggan di...

Sekitar 60% Bank Terbesar AS Tawarkan Khidmat Bitcoin

Sekitar 60% Bank Terbesar AS Tawarkan Khidmat Bitcoin

by Team INTRADAY
28 January 2026
0

Dunia perbankan Amerika Syarikat sedang melalui perubahan besar apabila lebih separuh daripada bank-bank terbesarnya kini mula membuka pintu kepada Bitcoin. ...

Bitcoin Kekal Stabil $88,000 Walaupun Diancam Tarif Trump

Bitcoin Kekal Stabil $88,000 Walaupun Diancam Tarif Trump

by Team INTRADAY
27 January 2026
0

Bitcoin kekal tenang sekitar paras $88,000 ketika pasaran global berdepan ancaman tarif baharu oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.  Ketika...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Gaji Minimum Pekerja Gig Akan Ditentukan Melalui Rundingan – MOHR

Gaji Minimum Pekerja Gig Akan Ditentukan Melalui Rundingan – MOHR

28 January 2026
Lonjakan Emas Tanpa Henti! Ramalan Pakar: Akan Cecah $3,500?

Emas Pecah Rekod, Tembus AS$5,300 Seauns! Kemanakah Hala Tuju Seterusnya?

28 January 2026
Ringgit Gagal Teruskan Rentak Tinggi Berbanding USD!

Ringgit Gagal Teruskan Rentak Tinggi Berbanding USD!

29 January 2026
Ringgit Gagal Teruskan Rentak Tinggi Berbanding USD!

Ringgit Gagal Teruskan Rentak Tinggi Berbanding USD!

0
USD Layu Sepanjang Minggu, Pelucutan Powell Beri Tekanan

USD Bangkit Semula Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

0
Indeks S&P 500 Kekal Stabil, Saham Cip AI Pacu Kenaikan Nasdaq

Indeks S&P 500 Kekal Stabil, Saham Cip AI Pacu Kenaikan Nasdaq

0
Ringgit Gagal Teruskan Rentak Tinggi Berbanding USD!

Ringgit Gagal Teruskan Rentak Tinggi Berbanding USD!

29 January 2026
Trump Bertemu Bank & Syarikat Kripto – Isu Stablecoin Halang CLARITY Act!

Trump Bertemu Bank & Syarikat Kripto – Isu Stablecoin Halang CLARITY Act!

29 January 2026
Indeks S&P 500 Kekal Stabil, Saham Cip AI Pacu Kenaikan Nasdaq

Indeks S&P 500 Kekal Stabil, Saham Cip AI Pacu Kenaikan Nasdaq

29 January 2026
INTRADAY.my

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

Sertai Komuniti Intraday
No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.