Terbaru mengenai perkembangan isu sekatan eksport minyak mentah Iran oleh Amerika Syarikat kini melibatkan China pula.
China menegaskan tentangan terhadap tindakan sekatan unilateral Amerika Syarikat terhadap Iran. Amerika Syarikat dilaporkan turut mengancam negara-negara yang dikecualikan sekatan sebelum ini untuk menekan kadar eksport minyak mentah Iran hingga ke paras sifar.
China juga antara negara yang menjadi pengimport utama minyak daripada negara Iran. Kerajaan China komited untuk menegakkan hak dan kepentingan untuk syarikat-syarikat China.
Laporan terbaru ini berkemungkinan akan menimbulkan ketegangan pada hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan China namun isu ini adalah tertumpu ke arah pasaran minyak dan berkemungkinan juga tidak berpotensi untuk menggugat perkembangan pada perjanjian rundingan dagang yang sedang diusahakan antara dua ekonomi gergasi dunia itu.
Setakat ini pasaran masih kekurangan sumber laporan berkenaan perkembangan rundingan dagang AS-China. Namun sentimen rundingan masih dilihat optimis mencapai kesepakatan.
Sebarang laporan terbaru dipercayai akan mempengaruhi sentimen dalam pasaran semasa. Terus peka dalam memantau perkembangan berita serta isu-isu utama dalam pasaran di mana turut memberi kesan ke atas dagangan matawang-matawang utama.