Ramai yang menantikan kehadiran konsol generasi baru dalam dunia gaming. Bermula akhir tahun lepas dan tahun ini, telah banyak infromasi tersebar dalam penggiat industri bahawa mereka sedang membangunkan konsol generasi baru.
Pada suku pertama tahun ini, Google membuat kejutan bahawa mereka telah bersedia dan serius untuk terjun ke dalam industri video game. Dalam acara Game Developer Conference 2019 , Google telah telah memperkenalkan apa yang mereka sebut sebagai ‘ Masa Depan Gaming’ iaitu sebuah platform game streaming mereka iaitu Stadia. Google mendakwa bahawa Stadia ini lebih power daripada Playstation 4 Pro dan Xbox One X.
Dimana dengan Google Stadia, para pemain boleh bermain game Triple AAA dari Cloud dengan hanya gunakan Google Chrome dan pemain juga boleh streaming dalam masa yang sama.
Terbaru, pada hari ini (10 Jun 2019), giliran Microsoft membuat kejutan dalam acara E3 2019. Menariknya dalam acara ini, Microsoft telah berkongsi konsol generasi baharu yang dikenali sebagai Project Scarlett dan bakal diperkenal pada tahun hadapan.
Konsol ini dikatakan menawarkan prestasi 4 kali lebih berkuasa berbanding Xbox One X pada hari ini. Bukan itu sahaja, ia dilengkapi dengan sokongan grafik berasaskan binaan AMD Zen 2 dan Radeon RDNA. Dengan ini pemain dapat menikmati permainan pada resolusi sehingga 8K. Ia turut menawarkan prestasi permainan pada kadar 120fps yang pastinya memberikan pengalaman bermain yang sangat mengujakan.
Setakat ini saham Microsft telah meningkat 2.5% mingguan dan kini pada harga $132.32.