Carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD antara yang mempamerkan pergerakan ketara harga susulan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat diterbitkan yang menjadi tumpuan utama pasaran minggu lalu.
Dengan jangkaan yang berbeza, laporan dikeluarkan mengejutkan pasaran apabila pertambahan pekerjaan di Amerika Syarikat pada November mencatatkan angka 266,000 jauh lebih tinggi berbanding jangkaan kenaikan 181,000 pekerjaan.
Mengukuhkan lagi laporan apabila kadar pengangguran turun ke paras terendah hampir separuh abad iaitu ke paras 3.5%.
Susulan laporan diterbitkan, dagangan EUR/USD menjunam sehingga mencapai paras terendah mencecah 1.10400 dengan penurunan harian sekitar 70 pips telah dicatatkan.
Sebelum penurunan berlaku, harga menguji paras ketinggian 1.11100 yang merupakan zon resistance pada dagangan minggu lalu.
Penurunan turut melepasi garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat perubahan trend harga yang cenderung menuju ke paras lebih rendah.
Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini dilihat cuba membuat kenaikan untuk melepasi paras 1.10600 namun pergerakan harga masih perlahan menuju pembukaan sesi pasaran Eropah.
Kenaikan harga dilihat akan menuju zon tumpuan harga di sekitar 1.10900 dan menguji MA50 sebelum kembali meneruskan penurunan semula.
Jika kenaikan berjaya diteruskan, paras ketinggian minggu lalu pada 1.11100 bakal diuji semula.
Namun jika harga terus turun ke paras lebih rendah, paras tumpuan pada sekitar 1.10200 akan menjadi destinasi yang dituju harga.
Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon support di bawah paras harga 1.10000 yang diuji ketika dagangan November lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.