Berdasarkan kajian soal selidik yang dikeluarkan oleh Sentix, semangat para pelabur di Zon Eropah semakin mengendur pada bulan Ogos sehingga mencatat bacaan terendah sejak Oktober 2014. Laporan tersebut juga menyatakan amaran bahawa kegawatan ekonomi bakal terjadi di Jerman.
Berdasarkan kumpulan pengkaji Sentix, indeks sentimen pelabur di zon Eropah jatuh kepada -13.7 pada bulan Ogos daripada -5.8 pada Julai, jauh tersasar daripada sasaran penganalisis yang menjangkakan bacaan pada -7.7. Jangkaan bahawa bacaan akan terus jatuh daripada -13.0 kepada -20.0, iaitu bacaan terendah sejak Ogos 2012 jika kegawatan ekonomi berlaku. Pada 2012 yang lalu, zon ekonomi eropah dihimpit dengan krisis hutang.
Pada tahun tersebut, Presiden Bank Pusat, Mario Draghi telah berjanji akan melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan Eropah. Namun jangka masa Draghi semakin hampir tamat, bacaan jangkaan ekonomi masih melepasi tahap yang memuaskan.
Pada bulan Julai, ECB telah mengubah arah tuju kadar faedah dan mengeluarkan arahan menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelonggaran polisi.
Laporan kajian selidik Sentix adalah berdasarkan soal selidik 930 pelabur yang dijalankan bermula Ogos 1 sehingga Ogos 3.