Dagangan dolar Kanada pada sesi New York semalam kembali mencatatkan pengukuhan nilainya susulan ucapan optimis disampaikan oleh Gabenor bank pusat Kanada, Stephen Poloz pada acara yang dianjurkan Ontario Securities Comission di Toronto semalam.
Poloz mengatakan bahawa dasar monetari terkini adalah bertepatan untuk situasi semasa. Kenyataan bernada lebih hawkish tersebut kembali meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap ekonomi Kanada.
Beliau turut menjelaskan bahawa prestasi bon Kanada yang lemah adalah berhubungkait dengan Amerika Syarikat, namun mengatakan bahawa selesa dengan tahap inflasi semasa dan yakin terdapat tanda-tanda positif terhadap ekonomi.
Susulan ucapan tersebut, dolar Kanada mengukuh pada sesi New York semalam berbanding matawang utama yang lain.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD semalam, harga pada mulanya menguji paras resistance pada ketinggian 1.33250 yang turut dicapai semalam.
Susulan ucapan optimis Poloz, harga telah menjunam lebih 50 pips lebih rendah ke paras 1.32700 yang membentuk zon RBS (resistance become support) sebelum harga bergerak mendatar sehingga sesi New York berakhir.
Penurunan tersebut juga telah melepasi garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) yang memberi petunjuk awal perubahan arah pergerakan harga.
Bersambung sesi pasaran Asia pada Jumaat, harga dilihat masih menguji zon SBR semalam dan menunjukkan sedikit kenaikan menuju ke paras 1.33000.
Jika harga berjaya kekalkan momentum penurunan dengan pengukuhan Loonie, harga bakal menuju ke paras lebih rendah dijangkakan sekitar 1.32200, antara paras yang menjadi tumpuan harga.
Penurunan lebih rendah akan menguji pula zon RBS (resistance become support) 1.31900 yang dicecah pada Selasa.
Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula, harga akan cuba melepasi paras resistance pada ketinggian 1.32250 semalam untuk menuju ke resistance 1.33400.
Paras 1.33400 merupakan resistance yang diuji harga pada dagangan Oktober lalu.
Tumpuan turut terarah pada data jualan runcit Kanada untuk September yang akan dikeluarkan pada sesi New York malam ini, jam 9.30 malam.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.