Matawang dolar Australia pada dagangan Khamis bergerak lemah susulan ancaman oleh China yang merupakan rakan dagang terbesar Australia, terhadap risiko perang dagang yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat.
Pada sesi Asia pagi ini, dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD membuat penurunan sekitar 100 pips dengan pengukuhan yang dipamerkan oleh US dolar selepas melemah susulan keputusan mesyuarat FOMC bernada dovish.
Pengukuhan US dolar dilihat bersifat sementara berikutan jangkaan penganalisis pasaran untuk US dolar bergerak lemah untuk tempoh yang lebih panjang. Federal Reserve (Fed) menyatakan kadar faedah akan terus dikekalkan rendah sehingga tahun 2022.
Dengan sentimen positif pasaran didorong oleh faktor pembukaan semula ekonomi, dagangan matawang komoditi seperti dolar Aussie bakal terus mengukuh.
Sementara itu, harga dilihat turun menguji paras support mingguan sekitar 0.69100 sebelum kenaikan dipamerkan semula pada sesi Eropah.
Pergerakan harga bagi dagangan AUD/USD pada minggu ini dilihat mendatar namun dengan jangkaan bagi matawang US dolar yang akan terus bergerak susut akan menyokong kenaikan semula harga.
Harga berkemungkinan akan menguji paras 0.70000 sebelum ke paras ketinggian yang dicapai ketika mesyuarat FOMC sekitar 0.70600.
Sedikit kenaikan yang diteruskan akan menguji paras 0.70800 yang merupakan zon resistance harga yang gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan Julai 2019 lalu.
Namun jika dolar Aussie lebih lemah berbanding US dolar, penurunan harga dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) di sekitar paras 0.68000.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI