Sentimen pasaran yang kekal berisiko masih menyokong pengukuhan US dolar dalam pasaran, namun momentum dilihat semakin pudar.
Amerika Syarikat kini dalam persiapan untuk membuka semula ekonomi negara mereka walaupun masih berdepan risiko penularan wabak pandemik.
Penggubal undang-undang di Amerika Syarikat juga dilaporkan telah meluluskan pakej rangsangan bernilai $484 bilion yang memfokuskan terhadap perniagaan kecil selain pakej-pakej yang turut disalurkan kepada sektor-sektor lain dalam usaha meningkatkan semula aktiviti ekonomi.
Sementara di Eropah, beberapa negara seperti Itali dan Jerman sedang mula mepertimbangkan pelonggaran peraturan sekatan COVID-19 secara berperingkat. Kerajaan masih lagi bergelut untuk mengimbangi pemulihan ekonomi serta membendung gelombang pandemik kedua.
Bank pusat Eropah juga sedang berbincang untuk melonggarkan syarat belian bon dan meneruskan pelaksanaan langkah pelonggaran kuantitatif.
Bagi matawang, pergerakan harga pada carta pasangan EUR/USD menunjukkan penurunan pada awal sesi Asia semalam. Namun penurunan harga gagal diteruskan selepas harga menguji paras sokongan pada 1.0820 pada zon RBS (resistance become support).
Kemudian harga pamerkan lonjakan berikutan data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW yang diterbitkan semalam catat bacaan yang memberangsangkan berbanding jangkaan penurunan oleh pasaran.
Harga melonjak mencatatkan paras ketinggian harian hampir menyentuh paras 1.0880 sebelum harga kembali turun dan bergerak perlahan di sekitar 1.0850.
Pergerakan harga mendatar pada sesi pasaran Asia di sekitar paras halangan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Namun awal sesi pasaran Asia melihatkan harga paparkan kenaikan lebih tinggi dari sokongan dinamik MA50 menunjukkan tanda-tanda kecenderungan kenaikan harga.
Jika kenaikan diteruskan, harga bakal melepasi paras ketinggian mingguan sekitar 1.0890 sebelum menuju zon SBR (support become resistance) di atas paras 1.0920.
Namun jika penurunan harga kembali diteruskan semula, harga akan menguji semula paras sokongan 1.0820 yang diuji semalam sebelum mencatatkan paras terendah mingguan terbaru.
Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju zon support yang diuji pada awal April sekitar 1.0770.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI