Pada dagangan Jumaat lalu, harga emas telah melonjak melepasi paras ketinggian yang dicapai pada minggu yang sama iaitu paras rintangan 1920.00 pada carta harga XAU/USD.
Harga menutup dagangan lebih tinggi mencecah paras 1930.00 berikutan penyusutan US dolar lebih ketara pada dagangan penghujung minggu.
Pelabur optimis untuk persetujuan dicapai pada perbincangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) sekaligus akan mendorong matawang safe-haven US dolar untuk mengalami penyusutan.
Namun, dagangan pada awal minggu ini US dolar sedikit menguat dengan perbincangan pada penhujung minggu di antara Spekar Dewan Perwakilan Nancy Pelosi bersama Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin belum mencapai persetujuan.
Dagangan pada awal minggu melihatkan harga emas kembali turun semula menuju ke paras 1920.00 untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
US dolar dijangka akan terus melemah pada minggu ini dengan harapan untuk pakej ekonomi AS akan menghasilkan keputusan yang positif.
Kenaikan harga lebih tinggi dijangka akan melepasi paras ketinggian 1930.00 untuk mencapai paras tertinggi terbaru 3 minggu.
Namun jika penurunan harga melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, penurunan lebih rendah dijangka akan ke paras 1900.00 semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI