Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat bacaan yang tidak memuaskan dengan jatuh sebanyak 4.8% pada suku pertama berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari ini. Data ini adalah sangat penting kerana ia memberikan gambaran pertama yang terperinci mengenai kesan impak penularan Covid-19 terhadap ekonomi A.S.
Berdasarkan soal selidik oleh Dow Jones, pakar ekonomi menjangkakan anggaran KDNK suku tahun pertama akan mencatat penguncupan sebanyak 3.5%.
Penguncupan KDNK suku pertama ini merupakan penguncupan yang pertama sejak suku pertama tahun 2014 yang mencatat penguncupan sebanyak 1.1% dan juga merupakan bacaan terendah sejak kejatuhan 8.4% yang berlaku pada suku keempat tahun 2008 semasa krisis kewangan.
Penguncupan ini berikutan kejatuhan dalam perbelanjaan pengguna, pelaburan tetap, sektor eksport dan inventori. Perbelanjaan pengguna yang merangkumi 67% daripada jumlah KDNK, merosot sebanyak 7.6% pada suku pertama berikutan terkesan oleh perintah berkurung. Perbelanjaan barangan durable juga merosot iaitu sebanyak 16.1% dan perbelanjaan perkhidmatan menurun 10.2%.
Disisi lain eksport jatuh 8.7% sementara import jatuh 15.3%. Susulan laporan ini dikeluarkan Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan sebanyak 0.25% kepada para 99.680.