Berita yang menggemberikan rakyat Amerika Syarikat (AS) pada hari ini iaitu pakej bantuan ekonomi yang bernilai $2.3 trilion telah ditandatangani oleh Presiden Donald Trump turut memberi kesan positif pada pasaran.
US dolar nyata pamerkan penyusutan dan bergerak lemah berbanding mata wang utama yang lain pada dagangan awal minggu ini.
Pada carta XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar pada mulanya melihatkan harga membuat kenaikan di awal sesi Asia.
Kenaikan harga menyentuh paras tumpuan 1900.00 sebelum harga emas mula menjunam semula sehingga bersambung ke sesi Eropah.
Penurunan harga tersebut dilihat didorong oleh tindakan pelabur yang melepaskan pegangan aset safe-haven termasuk emas berikutan sentimen risk-on pasaran selepas Trump menandatangani pakej rangsangan ekonomi AS.
Seperti kebiasaan apabila sentimen pasaran bertukar positif, pelabur akan mula melepaskan aset safe-haven dan mula beralih pada aset yang lebih berpulangan tinggi.
Justeru, harga emas mula menunjukkan penurunan. Namun, jika nilai US dolar lebih ketara susut, berkemungkinan akan memberi kesan kenaikan semula harga emas.
Penurunan harga ke paras sokongan 1875.00 akan dinilai untuk melihat reaksi harga di zon tersebut.
Jika harga kembali melonjak semula, harga bakal menuju semula ke paras tumpuan 1900.00 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Sebaliknya jika harga emas terus alami kejatuhan, zon RBS (resistance become support) pada 1850.00 seterusnya akan diuji.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI