Harga emas pada minggu ini masih gagal melepasi paras $1,900 apabila paras harga tersebut berjaya dicapai pada awal sesi Asia semalam sebelum harga kembali susut semula.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan cubaan kenaikan harga untuk 2 minggu berturut-turut namun gagal kekal berada di atas paras $1,900 hanya sekadar mengujinya sahaja.
Faktor penyusutan nilai dagangan emas minggu ini dilihat bersandarkan pada perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) setelah Presiden Donald Trump menandatangani pakej tersebut.
Menambahkan lagi kegembiraan rakyat AS apabila bantuan $600 bakal ditingkatkan kepada $2,000 selepas Dewan Perwakilan meluluskan cadangan tersebut setelah dikritik Trump sebelum ini.
Sentimen positif tersebut telah memulihkan keyakinan pelabur dalam pasaran sekaligus mendorong pelabur melepaskan pegangan aset safe-haven dan beralih kepada pasaran berpulangan tinggi.
Dapat dilihat harga emas kembali susut namun masih disokong di atas paras 1875.00 dengan pergerakan harga lebih perlahan pada Selasa.
Penurunan harga di bawah paras sokongan 1875.00 akan mendorong harga bergerak susut lebih rendah menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 1850.00.
Namun jika harga kembali pamerkan lonjakan semula, paras rintangan 1900.00 akan kembali diuji sekali lagi.
Melepasi paras penting tersebut, pelabur akan memberi memantau paras-paras tumpuan seterusnya seperti di zon harga 1910.00 dan 1938.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI