US dolar terus melemah di sekitar paras terendah 2 setengah tahun ketika tumpuan pelabur beralih kepada matawang berisiko, disokong oleh perkembangan positif vaksin Covid-19 dan keyakinan terhadap pakej rangsangan AS yang meningkat.
Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin telah mengadakan perbincangan mengenai bantuan coronavirus melalui panggilan telefon pada malam Isnin.
Pelosi mengulangi kebimbangan Demokrat mengenai peruntukan liabiliti dalam rang undang-undang rangsangan Covid-19 dan memberitahu Mnuchin masalah yang masih belum selesai dapat diselesaikan dengan mudah.
Berbanding kebanyakan matawang utama, dolar greenback didagangkan sedikit susut pada 90.58.
Sementara itu, pound sterling didagangkan stabil setelah menyusut pada sesi sebelum ini selepas Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock mengumumkan sekatan coronavirus yang lebih ketat di London mulai hari Rabu berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan.
Hancock turut memberitahu bahawa varian baru virus telah dikenal pasti dan sistem kesihatan kini berada dalam tekanan.
Harapan pelabur bahawa perjanjian perdagangan Brexit dapat dicapai membantu menyokong matawang pound daripada jatuh lebih rendah.
Amerika Syarikat telah memulakan kempen vaksinasi, tetapi jumlah dos yang sebenarnya tersedia tidak seperti yang dipaparkan.
Selain itu, euro kekal menguat di sekitar paras ketinggian 2 setengah tahun disokong oleh USD yang lemah.