US dolar susut lebih rendah ketika pasaran memasuki dagangan hujung minggu berikutan keyakinan terhadap rangsangan AS yang dimulakan semula telah menyokong sentimen dan matawang berisiko.
Rundingan mengenai pakej rangsangan fiskal baru antara Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin diteruskan semula, dua hari selepas Presiden Donald Trump menamatkannya.
Bagaimanapun, perkembangan yang agak terhad membataskan pergerakan matawang utama untuk mencatatkan peningkatan sederhana, sementara indeks dolar susut sebanyak 0.1% berbanding sekumpulan matawang utama.
Prospek positif mengenai langkah rangsangan untuk menyokong pemulihan ekonomi terbear dunia telah membebankan dagangan USD dengan meningkatkan sentimen pelabur dan mendorong mereka untuk mendapatkan aset berisiko seperti saham dan matawang komoditi.
Pelabur juga meningkatkan kemungkinan untuk Joe Biden memenangi pilihan raya presiden dan ini akan membolehkan rangsangan untuk diluluskan, memandangkan pakej perbelanjaan lebih besar ini dicadangkan oleh Demokrat.
Jumlah tuntutan pengangguran AS nampaknya masih mencatatkan peningkatan setelah data menunjukkan sebanyak 840,000 tuntutan telah dibuat minggu lepas.
Dolar Aussie diniagakan meningkat pada sesi Asia setelah dikecewakan oleh prospek bahawa Reserve Bank of Australia (RBA) akan melaksanakan lebih banyak pelonggaran monetari pada masa akan datang.
Dolar New Zealand kembali memadamkan kerugian yang dicatatkan selepas Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengeluarkan satu lagi kenyataan dovish mengenai kadar faedah negatif.
Sementara itu, matawang pound didagangkan stabil disokong oleh prospek mengenai perjanjian perdagangan Brexit yang meningkat setelah Britain menyatakan terdapat 66% peluang kejayaan untuk mencapai kesepakatan.
Dagangan euro turut mencatatkan peningkatan ketika sesi Asia hari ini, menyusuli kemerosotan yang dipamerkan oleh US dolar.