Pergerakan pasaran perlahan pada permulaan dagangan awal minggu sehingga menjelang sesi pasaran New York semalam. Saham Wall Street meningkat dengan NASDAQ memecah rekod paras tertinggi terbaru.
US dolar kembali diniagakan lemah gagal disokong oleh laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang memberangsangkan pada bulan Mei. Ini adalah didorong pemulihan sentimen pasaran dengan faktor pembukaan semula ekonomi dan jangkitan virus yang semakin perlahan.
Sentimen risk-on pasaran yang melemahkan dagangan US dolar sebaliknya menyokong matawang berisiko yang berpulangan tinggi untuk terus didagangkan meningkat nilai.
Khususnya dolar Australia yang bergerak perlahan pada Isnin ekoran bank Australia bercuti, namun kenaikan diteruskan pada sesi Asia pagi ini dengan peningkatan berbanding US dolar pada carta harga pasangan AUD/USD.
Harga yang telah berjaya menembusi paras halangan utama 0.70000 terus merekodkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Julai 2019.
Kenaikan harga pada sesi Asia pagi ini mencecah paras 0.70400 sebelum harga membuat penurunan semula ke bawah paras 0.70000 dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD.
Sentimen pulih pasaran yang menyokong dolar Aussie dilihat akan terus mendorong harga membuat kenaikan menuju paras ketinggian 0.70800. Paras tersebut merupakan resistance yang diuji kali terakhir pada Julai 2019.
Kenaikan lebih tinggi dari resistance tersebut akan merekodkan paras ketinggian terbaru 14 bulan.
Namun jika penurunan harga melepasi sokongan dinamik MA50, harga dijangka akan kembali menuju paras 0.69300 dan memberi isyarat awal perubahan trend bearish.
Penurunan seterusnya akan menuju zon RBS (resistance become support) sekitar bawah paras 0.68300.
Pergerakan harga minggu ini akan dipengaruhi oleh mesyuarat FOMC dan mendorong pelabur untuk berwaspada ketika berada dalam pasaran.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI