Dagangan pada awal minggu ini kekal perlahan seperti penghujung minggu yang lalu ekoran bank-bank pusat utama masih lagi bercuti sempena perayaan “easter holiday”.
US dolar diniagakan lemah pada minggu lalu dengan data tuntutan pengangguran pada minggu ini kembali menjadi tumpuan selepas bacaan data melebihi 6 juta untuk 2 minggu yang berturut-turut di samping Federal Reserve (Fed) telah mengumumkan pakej rangsangan tambahan bernilai $2.3 trilion.
Dolar Australia yang mengukuh pada minggu lalu selepas Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah, dijangka akan kembali berisiko berdepan terbitan laporan data pekerjaan Australia pada Khamis.
Data ekonomi China yang menjadi tumpuan pada minggu ini turut dijangka akan mempengaruhi pergerakan harga bagi matawang dolar Aussie.
Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD pada minggu lalu telah mencatatkan kenaikan hampir 400 pips dengan paras tertinggi yang dicapai Jumaat lalu mencecah 0.6367.
Permulaan dagangan pada awal minggu ini mempamerkan penurunan pada awal sesi Asia sekitar 30 pips sebelum mendatar di sekitar paras 0.63300.
Harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) untuk rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD menunjukkan isyarat trend masih bullish.
Jika harga membuat penurunan, paras tumpuan pada 0.6300 akan diuji sebelum harga meneruskan penurunan lebih rendah dan memberi isyarat perubahan trend harga.
Penuruanan seterusnya dilihat akan kembali menuju paras 0.6200 yang merupakan zon RBS (resistance become support) yang telah diuji pada minggu lalu.
Namun jika kenaikan harga diteruskan, harga bakal melepasi paras ketinggian minggu lalu dan mencatatkan paras ketinggian terbaru berkemungkinan ke paras sekitar 0.64400.
Paras tersebut merupakan zon SBR (support become resistance) yang turut menjadi paras sokongan harga pada dagangan Februari lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI