Minit mesyuarat bank pusat Australia yang diterbitkan pagi ini menjadi tumpuan pelabur untuk butiran lebih lanjut polisi monetari terbaru pada mesyuarat awal Mac.
Reserve Bank of Australia (RBA) telah menurunkan kadar faedah di paras terendah terbaru kepada 0.50% bagi menyokong ekonomi yang terkesan oleh penularan wabak pandemik COVID-19.
Dagangan dolar Australia berbanding US dolar mencatatkan penurunan ke paras terendah sejak November 2008 mencecah paras 0.60800 pada sesi New York semalam.
Dolar Aussie bakal meneruskan penyusutan nilai dengan minit yang dikeluarkan menyatakan persediaan RBA untuk pelonggaran polisi yang lebih lanjut selepas bank-bank pusat utama seluruh dunia sudah mula memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi besar-besaran.
Pasaran turut menjangkakan tindakan lebih segera oleh bank pusat sebelum jadual mesyuarat polisi pada 7 April nanti.
Menyambung dagangan pada Selasa, AUD/USD kekal bergerak lemah meneruskan corak penurunan harga pada minggu lalu. Penurunan harga di paras semasa telah mencecah 600 pips penurunan dari paras tertinggi minggu yang lalu.
Harga yang kekal berada di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dilihat sebagai trend menurun dengan harga menguji paras terendah yang dicecah semalam menjelang pembukaan sesi Eropah.
Penurunan harga yang diteruskan bakal mencatatkan paras terendah terbaru melepasi paras terendah dagangan AUD/USD sejak Oktober 2008 menuju paras 0.60000.
Kenaikan harga juga mungkin berlaku disebabkan ketidakstabilan nilai matawang US dolar dalam pasaran selepas Federal Reserve (Fed) meningkatkan pemotongan kadar kecemasan serta suntikan dana bernilai $700 bilion untuk ekonomi Amerika Syarikat.
Kenaikan harga pada carta AUD/USD dilihat akan menguji paras 0.62000 atau lebih tinggi pada 0.63000 yang menjadi zon SBR (support become resistance).
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI