Kesan risiko yang meningkat akibat Coronavirus, matawang dolar Australia terus menyusut dengan penurunan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD semalam menjunam mencatatkan paras terendah terbaru sejak 2008.
Penurunan ke paras terendah 12 tahun itu merekodkan penurunan harian sekitar 270 pips!
Harga mencecah paras terendah 0.62100 pada penghujung sesi New York sebelum ini dan kembali diniagakan di paras 0.63000.
Harga bergerak mendatar pada sesi Asia hari ini sehingga ke sesi pasaran Eropah di paras 0.63000 tersebut dengan sentimen pasaran diredakan sedikit dengan pengumuman suntikan dana besar-besaran oleh Federal Reserve (Fed) dan Bank of Japan (BoJ) dalam usaha tangani ekonomi yang terjejas oleh wabak Coronavirus.
Harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) selepas penurunan semalam berjaya melepasi paras terendah ketika terjunan harga ‘flash crash’ pada Isnin.
Harga berkemungkinan mampu membuat kenaikan menuju halangan dinamik MA50 namun dijangka sukar melepasi paras 0.64400 pada zon SBR (support become resistance).
Penurunan harga yang diteruskan akan cuba melepasi paras terendah harian yang dicecah semalam dan penurunan lebih rendah bakal merekodkan paras terendah terbaru harga dalam tempoh 12 tahun dagangan.
Minit mesyuarat bank pusat Australia serta data pekerjaan akan diberi tumpuan pelabur pada minggu berikutnya. Namun sentimen pasaran kekal mempengaruhi dagangan Aussie.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI