Sentimen positif pasaran telah melemahkan dagangan US dolar sebagai matawang safe-haven sementara matawang komoditi seperti dolar Australia dan New Zealand pamerkan pengukuhan pada dagangan Rabu.
Sesi pasaran Asia melihatkan dolar Aussie bergerak meneruskan pengukuhan selepas data inflasi Australia diterbitkan.
Kadar inflasi Australia pada suku pertama 2020 mencapai paras tertinggi 5 setengah tahun melepasi jangkaan pasaran. Disokong oleh sentimen risk-on pasaran, dolar Aussie dijangka akan terus mengekalkan pengukuhan pada minggu ini.
Berbanding US dolar yang sedang mempamerkan penyusutan, pergerakan harga pada carta pasangan AUD/USD terus mencatatkan kenaikan ke paras ketinggian terbaru minggu ini selepas harga melepasi paras resistance 0.6440 pada Isnin.
Pelabur yang berhati-hati pada dagangan US dolar menjelang data pertumbuhan GDP A.S serta mesyuarat FOMC, harga pada carta AUD/USD bakal meneruskan kenaikan menuju paras 0.6580.
Kenaikan yang diteruskan harga bakal melihat harga menuju pula ke paras ketinggian 0.6670 yang diuji pada dagangan Mac lalu dan juga merupakan zon SBR (support become resistance).
Namun jika harga kembali membuat penurunan dan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA) untuk pergerakan pada timeframe 1 jam di carta AUD/USD, pelabur akan berhati-hati untuk isyarat perubahan trend.
Penurunan harga akan kembali menguji zon RBS (resistance become support) pada 0.6440 sebelum turun lebih rendah menuju zon RBS sekitar 0.6350.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI