Kadar Inflasi Australia Cecah Paras Tertinggi Lebih 5 Tahun Pada Suku Pertama 2020

278

Data tumpuan utama sesi Asia hari ini menyaksikan penerbitan data kadar inflasi Australia bagi suku pertama tahun 2020 yang menunjukkan bacaan lebih baik daripada yang dijangkakan oleh pasaran.

Jabatan Perangkaan Australia (ABS) melaporkan indeks harga pengguna (CPI) utama telah meningkat 0.3% daripada unjuran pasaran 0.2% dan susut daripada 0.7% pada suku sebelumnya. Ini menjadikan inflasi tahunan kepada 2.2% untuk suku pertama 2020.

Ini juga pertama kalinya inflasi mencapai sasaran 2-3% oleh Reserve Bank of Australia (RBA) sejak awal tahun 2018 dan ini boleh mendorong kepada kenaikan dalam pertumbuhan upah.

Selain itu, bacaan ini merupakan kenaikan tahunan terbesar sejak suku ketiga 2014, yang mencerminkan kesan kemarau dan kebakaran hutan ke atas beberapa harga makanan, dan kesan awal pembelian panik akibat COVID-19.

Kenaikan harga yang paling ketara pada suku pertama 2020 didorong oleh peningkatan harga makanan dan minuman, pendidikan dan kesihatan. Sementara penurunan harga yang paling ketara pula disebabkan kemerosotan dalam harga bahan bakar automotif, perjalanan dan penginapan percutian domestik dan antarabangsa.

Bagaimanapun, kesan keseluruhan disebabkan penutupan ekonomi dan perintah pergerakan masih belum dapat dilihat sepenuhnya. Kesan daripada kejatuhan harga minyak global dan penutupan ekonomi dijangka akan menyaksikan penurunan dalam kadar inflasi pada suku kedua.

Bank Negara Australia (NAB) meramalkan terdapat penurunan 1.9% dalam indeks harga (CPI) utama untuk inflasi pada suku kedua 2020, dan mungkin akan menyaksikan deflasi tahunan sebanyak 0.4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat