Sementara US dolar berehat sebentar dari momentum pengukuhan pada penghujung dagangan minggu lalu, matawang Pound Sterling paparkan pergerakan mendatar selepas prestasi merosot dari awal minggu.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga telah bergerak mendatar sejak Rabu sehingga Jumaat di atas paras 1.27000 membantutkan siri penurunan harga pada dagangan hari sebelumnya.
Faktor yang menyokong Pound dari terus susut adalah harapan optimis terbaru terhadap perjanjian Brexit. Diplomat British optimis untuk mencapai persetujuan perjanjian bersama Kesatuan Eropah (EU).
Menteri Kabinet UK, Michel Gove berkunjung ke Brussels untuk persiapan rundingan terbaru pada Selasa, iaitu fasa terakhir rundingan perdagangan Brexit.
Memulakan dagangan pada minggu ini, pergerakan harga bagi carta GBP/USD di sesi Asia perlahan sekitar 1.27600-1.27700 iaitu pada zon SBR (support become resistance).
Kenaikan harga yang berjaya diteruskan dijangka akan menuju zon SBR tumpuan iaitu pada 1.28500-1.29000 sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju pula ke paras resistance 1.30000.
Sebaliknya, jika US dolar kembali mengukuh semula di sesi New York sebentar nanti, harga bakal ditekan lebih rendah semula ke bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Penurunan lebih rendah akan kembali menuju ke paras sokongan sekitar julat harga 1.26700-1.26400 yang juga merupakan zon RBS (resistance become support).
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI