Kesatuan Eropah memberitahu UK pada hari Jumaat bahawa sudah sampai waktunya untuk membuat keputusan mengenai hala tuju hubungan perdagangan. Pihak perunding EU mengharapkan para perunding yang terlibat dapat membuat perjanjian perdagangan pasca-Brexit seawal hujung minggu ini.
Berbaki kurang dari empat 4 minggu sahaja lagi UK akan meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Disember. Walaubagaimanapun, rundingan pada hari Khamis tergendala mendorong pemain pasaran beranggapan bahawa terdapat kemungkinan untuk berlakunya ‘no deal’.
Perdana Menteri UK, Boris Johnson kini berada dalam keadaan tersepit kerana tarikh akhir semakin hampir dan ditambah pula lonjakan kes kematian tertinggi Covid-19 maka Johson harus buat keputusan dengan segera.
Perbincangan pada minggu ini menunjukkan bahawa terdapat kemajuan yang ketara, dimana salah seorang pegawai diplomat EU telah mengeluarkan kenyataan bahawa kesepakatan akan segera berlaku.
Michael Barnier yang merupakan pemimpin rundingan EU sudah berada di London untuk rundingan yang semakin genting ini. Minggu ini merupakan minggu yang penting untuk kedua-dua belah pihak. Diplomat EU berpendapat dengan kehadiran Barnier di UK, ia memberi petanda yang baik untuk perjanjian Brexit.
Para pelabur masih cuba untuk memahami retorik yang sedang berlaku iaitu sama ada perbincangan sudah hampir ke garisan penamat atau rundingan itu sendiri berada dalam keadaan bermasalah. Perkara ini telah memberi kesan pada matawang pound.