China terus mencetuskan ketegangan di Laut China Selatan apabila menjalankan latihan ketenteraan di wilayah pertikaian berkenaan.
Perkara itu diumumkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Ren Guoqiang menerusi sidang media hari ini.
Menurut Guoqiang, latihan ketenteraan itu melibatkan jet pengebom H-6G dan H-6J.
China sebelum ini sering mendakwa sebahagian besar wilayah tersebut di bawah kuasa mereka namun beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Malaysia, Brunei, Taiwan dan Filipina turut menuntut wilayah terbabit.
Dalam perkembangan berlainan, saintis tentera China yang bersembunyi di konsulat China di San Francisco iaitu Juan Tang, dilaporkan ditahan selepas dia keluar dari bangunan terbabit bagi mendapatkan rawatan.
Tang sebelum ini bersembunyi di konsulat terbabit selama sebulan.
Ketika ini, Tang cuba menuntut pembebasannya dari penjara di Sacramento selepas ditahan selama seminggu atas dakwaan memiliki visa palsu.
Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada awal minggu ini mendesak AS supaya membebaskan Tang dengan kadar segera.
Foto: Pulau buatan manusia milik China di Laut China Selatan