Risiko pasaran semakin dirasai pada dagangan yang bersambung pada sesi Eropah hari ini dengan mata wang Eropah bergerak lemah sementara US dolar terus pamerkan pengukuhan sebagai mata wang safe-haven.
Pengukuhan US dolar telah memberi kesan penurunan pada harga emas di sesi Eropah melenyapkan keuntungan yang diraih pelabur pada kenaikan harga di sesi Asia.
Kenaikan harga pada carta XAU/USD hari ini telah menguji paras ketinggian pada dagangan semalam sekitar 1910.00 iaitu zon SBR (support become resistance).
Namun harga kembali membuat penurunan semula pada sesi Eropah ke paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga menuju semula paras penting 1900.00.
Penganalisis sebelum ini kekal menjangkakan harga akan terus berlegar di sekitar paras 1900.00 berikutan ketidaktentuan pasaran yang dihiasi oleh beberapa isu tumpuan seperti gelombang pandemik, pakej rangsangan ekonomi AS dan rundingan Brexit.
Pelabur akan menjangkakan paras 1875.00 sebagai sokongan harga jika penurunan harga emas berlaku di bawah paras 1900.00.
Sementara, jika kenaikan harga kembali terjadi, zon SBR 1910.00 akan diuji sebelum kenaikan harga yang berjaya menembusi zon tersebut dilihat akan menuju zon resistance di bawah paras 1938.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI