Pound Sterling belum habis menggegarkan pasaran minggu ini dengan drama Brexit yang masih berlarutan menyaksikan pergerakan turun naik ketara harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD.
Acara makan malam Perdana Menteri UK Boris Johnson bersama Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dilihat tidak berakhir dengan baik disebabkan masih tiada keputusan berkenaan rundingan Brexit namun mereka bersetuju untuk memuktamadkan keputusan rundingan pada Ahad ini.
Sumber dari pegawai UK memberi isyarat masih terdapat jurang yang besar antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) untuk mencapai persetujuan perjanjian.
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga telah berjaya membuat kenaikan sekitar 130 pips melepasi paras rintangan 1.34000.
Namun setelah mencapai paras ketinggian sekitar 1.34700, harga menjunam semula sekitar 160 pips sehingga ke penghujung sesi New York sebelum dagangan bersambung di sesi Asia mula bergerak perlahan.
Harga kembali bergerak di bawah paras rintangan 1.34000 semula dengan tekanan semakin meningkat ke atas Pound sementara pelabur terus berwaspada.
Jika kenaikan diteruskan, zon RBS (resistance become support) 1.33000 akan menjadi tumpuan untuk diuji harga.
Sementara sekiranya harga melonjak semula di atas paras 1.34000, kenaikan dijangkakan menuju zon resistance pada 1.35000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI