Emas gagal mengekalkan pengukuhan di atas paras harga $1,900 yang dicapainya pada sesi dagangan Isnin, dengan kembali memaparkan kejatuhan ketara susulan kekuatan dolar greenback.
Walaupun Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan rang undang-undang pakej rangsangan coronavirus baru pada hari ini, namun dagangan logam kuning itu gagal memanfaatkan peluang kenaikan.
Rang undang-undang yang bakal ditandatangani oleh Presiden Donald Trump itu, merangkumi pembayaran langsung sebanyak $600 serta bayaran tambahan sebagai bantuan pengangguran kepada rakyat Amerika yang terkesan.
Kebimbangan pasaran mengenai penemuan varian baharu coronavirus di UK telah mendorong daya tarikan buat US dolar sebagai safe-haven meningkat lebih tinggi daripada logam berharga itu.
Pada awal sesi Eropah, emas didagangkan berlegar di sekitar paras harga $1,870 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,875 per auns (4.20 petang waktu Malaysia).
Sementara itu, dolar greenback terus mengukuh meskipun berada jauh di bawah puncak yang dicapainya semalam pada 90.18.