Matawang kripto Ethereum (ETH) mencatatkan rekod tertinggi pada hari minggu, melonjak melepasi $700 dengan keuntungan 11% dalam 24 jam.
Bagaimanapun, ETH dilihat susut sehingga $624.76 semalam, lima jam sebelum didagangkan pada $700.
Ketika penulisan, matawang kedua tertinggi selepas Bitcoin (BTC) didagangkan pada $708 dengan jumlah keseluruhan permodalan pasaran melebihi $80.6 bilion.
Aset Satoshi Nakamoto juga turut melonjak tinggi pada hari minggu mencecah $29,000 sebelum susut pada pagi ini di paras $27,099.
BTC telah didagangkan sekitar $27,300 ketika ETH berada di paras harga lebih tinggi dari $700.
Bagaimanapun, timbul kebimbangan jika penggubal undang-undang akan mensasarkan Bitcoin selepas isu altcoin Ripple (XRP) baru-baru ini.