Ketika Bitcoin (BTC) mencatatkan lonjakan berterusan sejak kebelakangan ini, Ethereum (ETH) tidak ketinggalan menunjukkan pengukuhan.
Menerusi kicauan di laman Twitter milik seorang pelabur dikenali @Tradermayne, ETHBTC sedang menghampiri paras rintangan penting.
Jelasnya, jika ETHBTC mampu melepasi paras 0.0275, ia akan mendorong kepada perubahan yang besar, ETH akan terus melonjak ketika Bitcoin mendatar pada sekitar $27,000.
Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $738.53, melonjak 0.91% daripada nilai terendah 24 jam.
Ini membuktikan aset tersebut berjaya pulih dari paras terendah sekitar sub-$700 susulan daripada penyusutan XRP ke paras yang lebih kritikal.
Buat masa sekarang, Ethereum bertahan di paras 0.0266, dan dilihat terus mengatasi paras BTC, menunjukkan uptrend sedang bermula.