Penganalisis kekal menjangkakan US dolar akan terus bergerak susut untuk mengakhiri dagangan penghujung tahun ini selepas Presiden Donald Trump menandatangani pakej bantuan ekonomi bernilai $2.3 trilion.
US dolar telah jatuh lebih 6% pada tahun ini dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan terus mengekalkan kadar faedah berhampiran paras sifar di samping keadaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang masih bergelut dengan krisis pandemik.
Sentimen positif pasaran dengan perkembangan baik rundingan Brexit minggu lalu telah melemahkan lagi US dolar sementara mata wang Eropah mendapat kelebihan untuk meningkat semula.
Pada carta harga pasangan EUR/USD dapat dilihat harga telah pamerkan kenaikan pada dagangan awal minggu ini mencatatkan sekitar 70 pips kenaikan harian.
Harga telah mencapai paras ketinggian pada 1.22500 semalam sebelum berlaku penurunan semula sekitar 50 pips namun disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Paras sokongan MA50 masih belum berjaya ditembusi menunjukkan pergerakan harga masih berada dalam trend bullish.
Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Selasa), harga dilihat meneruskan semula kenaikan menuju ke paras ketinggian yang dicapai semalam pada 1.22500.
Kenaikan yang berjaya melepasi zon resistance 1.22500-1.22700 dilihat akan menguji pula paras ketinggian tumpuan pada 1.23000.
Namun jika harga menjunam semula, zon RBS (resistance become support) pada 1.21800-1.21500 akan kembali diuji dan penganalisis akan meneliti reaksi harga pada zon tersebut.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat akan menuju zon RBS lebih rendah di bawah paras 1.20900.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI